Thursday, October 13, 2011

kenangan lalu .......,kini.......... dan selamanya.........

Beliaulah penggoncang dunia muzik tanah air dari dulu, kini dan sehingga hujung nyawa.



                                                                         Al-Fatihah


Pada 11 Oktober 2011, Datuk Ahmad Jais telah meninggal dunia pada usia 75 tahun akibat menghidap penyakit lelah. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 9.30 pagi di Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC) Shah Alam, Selangor.Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam, Selangor selepas Solat Zohor.Tak ramai gua rasa dalam kalangan artis artis kat Meleysia ni ada art macam Arwah. Lagi pula, kita bakal suram dari didendangkan lagu raya yang menyentuh jiwa raga.Series gua kalau dengar lagu raya dari Arwah terus rasa nak balik beraya. Tak kesahlah bulan apa pon.Jenis perasaan terus jadi huru-hara sedih lain macam.Nak mengharapkan lagu lagu raya geng geng artis muda sekarang, memang cacar merba.Langsung tak sedih, nak gelak lagi ada la.Gua harap pencarian pencarian bakat menyanyi yang akan datang dapatlah melahirkan artis yang ada art art sebegini. Dapat nyanyi lagu raya yang sedih-sedih pon jadilah.Takde lah bangang sangat macam budak budak artis yang baru nak up nyanyi lagu raya. Ye dak!

Monday, October 3, 2011

perangai

Gampit...hari ni saja gua jadi sakit kepala dua tiga empat lima enam kali.Tu la, gua rasa hari ni banyak sangat pekena sangkoroi.lagi satu hal , kolej tempat gua tinggal ni buat onar lagi. Dah la gua pening kepala, lagi bikin hal pulak. Masalah air tak ada ni.Siapa yang nak kena jawab???? Jangan sampai gua campur tangan sudah la.Malas jugak gua nak naik turun naik turun ke pejabat kerajaan negeri tu. Nanti tak pasal pasal gua dengan Mat Isa Sabu tu jadi tak ngam pasal benda benda kecil begini. Lain kali, kutu kutu yang pegang jawatan dekat kolej gua ni kena pandailah buat kerja.Ini nak tunjuk sangat perangai orang kerajaan,jenis buat satu-satu kerja lembap macam kura-kura.Kalau jadi lagi problem takde air ni gua dah tak beragak nak kasi talipon polis terus. Biar polis pulak pegang jawatan dekat kolej gua ni. Amacam???

Monday, September 26, 2011

wawancara rokok

Entri kali ni gua rasa antara yang sentimental jugak la berbanding dengan apa yang  gua pernah tulis dulu-dulu.Bukannya apa kalau gua tak tulis dekat sini, mana lagi gua nak tulis??Dekat buku sekolah anak-anak sedara gua,dalam diari bapak gua, ataupun  atas dashboard almari solek mak gua.Paling bangsat pun mak bapak gua boleh halau gua dari rumah tiga tahun kalau gua berperangai tak senonoh sedemikian.
Memang la gua ada  nota tersendiri yang gua pernah catat pada satu buku, tapi macam biasalah kehidupan seorang bujang ni bukanlah teratur sangat.Mahu berterabur satu rumah kalau nak mencari buku yang gua pernah catat satu-satu kerja.Jadi gua rasa memang tak berbaloi kalau gua buat kerja yang sia-sia gitu.
Ok,point tadi habis dekat situ saja.Entri kali nie gua nak 'attachkan' satu cerita berkenaan rokok.boleh jadi hal-hal begini gua akan buka cerita pada masa-masa tertentu saja.

Bagi perokok ,sudah menjadi adat resam jika kita bertukar-tukar selera rokok sesama insan tegar yang lain.Namun begitu, sesetengah perokok ni ada juga yang bersifat suka ambil kesempatan.Secara rawaknya, apa yang gua telah lihat mahupun lalui selama kehidupan gua ini, perokok ni memang pemurah hati bagi gua.Kalau kita baik-baik saja dengan kutu-kutu rokok ni, mudah sangat nak mengepau sebatang dua.Tapi, kalau hari-hari nak hisap rokok free saja, kawan baik pun boleh lari brader,ye dak.Gua hairan juga, ada kalanya dalam kalangan perokok tegar ni, ada juga yang perangai jenis malas nak membeli.Takut kering poket la konon.Peh, padahal luorang hisap yang kutu lain punya rokok tu, lu tak pikir pulak kering tak kering poket beliau.Dah nama perokok tegar,hisap dekat 20 batang sehari, perangai jenis malas nak membeli, hari-hari mintak kat kutu rokok yang sama.Gua rasa jenis manusia macam ginilah yang selalu kena sula tengah jalan raya gamaknya.Kalau luorang dah rasa nak berenti membeli, bukan salah nak mintak dekat kutu rokok yang lain.Sehari sebatang dua jadilah.Mintak pula dekat berlainan orang.Takdelah nampak sangat lu tu jenis kedekut haprak.O.k, point rokok tu habis kat situ sajalah, gua malas nak menulis sangat sebenarnya ni.

Nasihat gua pada khalayak umum mudah saja.Kalau nak merokok tu teruskanlah hobi merokok tu.Kata orang minat manusia ni berbeza-beza.Tak boleh disekat nanti hilang nikmat keduniaan diorang.Lagi satu kalau nak berenti merokok tu, buatlah sungguh-sungguh.kalau setakat sembang mulut saja, lepastu asap berkepul-kepul keluar dari hidung,mulut, telinga sambil sembang nak berenti hisap rokok gaya macam dah insaf sangatla, pasal dah kering poket la, takut tak boleh nak kumpul duit nak kawin la braa..braaa...braaaa braaaa....kalau gua jumpa manusia macam gitu, gua kasi tampar duabelaskali sampai asap dia berenti keluar.gua peduli apa.haha.

Friday, August 19, 2011

kadang-kadang kecewa itu perlu ada.

Hari ni gua rasa sedikit kecewa .Biasalah lumrah alam,yang dirancang pung pang pung pang.Tapi yang jadinya tak tentu hala.Jauh sungguh menyimpang dari apa yang diniatkan dalam hati gua ni.Cerita pasal kecewa ni dekat mana mana pun kita boleh jumpa.Bezanya cuma faktor dan keadaan sahaja.Dalam bulan Ramadhan ni,gua punya target langsung tak mengena.Sebelum masuk bulan Ramadhan ,gua punya niat nak berubah memang mendadak-dadak.Nak jadi alim la,bergaul dengan budak budak surau la, taknak tidur lepas sahur la, berbaik dengan pensyarah la,itu la,ini la..braaa..bra..braa....ping! langsung tak menjadi lompatan saujana tu.Hal yang paling gua bengang bila lab sheet gua gagal hantar pada tarikh dan masa yang ditetapkan.Memang benda benda macam ni selalu gua buat,tapi hajat gua nak hantar lewat sehari saja.

Nak dijadikan cerita, gua ingat nak siap siapkan lepas sahur pagi tadi.Gedebuk gedebak gedebuk gedebak makan sahur terus jadi kenyang macam naga.Tak boleh banyak begerak takut jadi senak.Gua ambil inisiatif menyandar beralaskan bantal bersarung bunga-bunga di dinding.Pejam mata ambil 'feel'.Ping! tiba-tiba gua tersedar dari keasyikan terpejam mata.Cilake,dah pukul 11 pagi.Langsung rosak program gua hari ni.Terlepas sudah kelas yang gua minat sikit-sikit semester ni.Dah la pensyarah gua tu tak berapa minat dengan gua, gua bikin hal lagi.Gua rasa kalau gua pegi kelas beliau dengan berkeadaan lewat satu jam, mahu tak mahu gua terpaksa berbahas macam dalam dewan parlimen tu,tak pun kemungkinan dihalau kelas memang rating paling tinggi bermain di fikiran gua.Selepas berfikiran jauh,gua terus buat percaturan utuk sambung tidur semula.Lagi baik gua sambung mimpi yang sedap -sedap dari kena marah di bulan puasa ni.

Apa yang bangangnya bagi gua bila gua bangun saja dari tidur yang nyenyak itu, baru gua terfikir pasal Lab sheet yang tak hantar lagi tu.Huh, kelam juga keadaan masa tu.Langsung tak boleh orang nak tegur.Pantang salah cakap sikit terus gua patahkan penyapu.Jam henset gua hampir ke waktu pukul 3 setengah  petang.Gua dengan kelam kabut ,kucar kacir,terkontang kanting, bercampur baur perasaan takut bergegas menyiapkan lab sheet yang tak seberapa susah tu.Ping! siap akhirnya.Tepat jam 4.30, gua berlari-lari anak untuk mendaaptkan kepala paip bagi tujuan mandi.Siap saja mandi,gua turun kebawah .Ping! muncul seorang sahabat gua dari arah bertentangan dengan badan ala-ala pendekar jahat tanpa mengenakan sehelai baju dibadannya.Gua tak gentar sebab dah selalu gua bergelut dengan dia.Memang gua tak pernah menang sekali pun.Dimudahkan cerita,si Rahim tadi panggil gua untuk berbincang hal-hal yang tak berfaedah langsung.Entah macam mana gua boleh tersangkut dengan sembang tipu helah Rahim tadi.Braaa...braaa..braa....braaaaa.....sembang punya sembang  langsung gua tak paham apa point yang dia nak sampaikan.Gua minta diri beredar dengan cara baik dan sopan santun.

Gua capai helmet putih serba lengkap dengan cermin penghadang mata bagi tujuan mengelakkan peristiwa bertempur dengan binatang-binatang kecil yang bertebangan ketika memandu nanti.Sampai saja di motosikal berkuasa 125 cc,gua hidupkan enjin dan terus kasi pacak ke pejabat pensyarah.Belum sampat gua tekan sampai gear 3,gua sudah sampai disana.Gua senyum nipis tanda kagum dengan peningkatan  prestasi motosikal gua itu.Gua cuba membuka pintu pejabat dengan perasaan bangga masih didada.Ping! macam celaka, pintu terkunci kemas.Tombol pintu langsung tidak memberi kerjasama kepada gua.Gua ambil nafas dan lihat jam di henset sekali lagi.Cis! memang patut gua mencarut pun masa tu, jam dah maju ke pukul 5.45 petang.Mana ada orang kerajaan sanggup bekerja lebih dari waktu ofis sebenar.Tambah-tambah bulan puasa.Mesti nak ke bazar la, berbuka puasa dengan kekasih la, lambat masak nanti berbuka lepas isyak la....Hermmm...Sedih tu memang ada la dalam hati insan seperti gua ni, tapi nak buat macam mana,memang salah gua.Paling tidak pun, balik ruah karang gua mesti kasi hentak si Rahim tadi sampai berkecai tulang.Celaka, pasal melayan sembang si Rahim tadi la gua dah terlanjur masa.Ah, gua tak peduli.Gua pantas menuju ke motosikal gua dan terus beredar dari tempat kejadiaan.Gua pandu laju-laju bergegas ke stesyen minyak kulit kerang.Gua mahu kasi belanja motor gua minum diatas peningkatan prestasi kelajuaannya harini.PING!

Sunday, June 5, 2011

berhadapan dengan cikgu Razif

masa gua sekolah rendah dulu, ramai juga yang gua berkawan.masa tu pergaulan gua tak ada batas.semua gua bergaul tak kira bangsa, lelaki ke perempuan.bergelut pun apa kurangnya.semua gua ambil pot.tak kesah pangkat tinggi mana pun,kalau ajak bergelut gua tak boleh pandang remeh.tukang kebun yang belagak dengan batang cangkul pun gua libas sebelah tangan je.keh keh keh!

nak katakan gua ni glemer tak lah sangat masa tu.tapi gua rasa kerani pejabat sekolah tu memang dah basi dengan muka gua ni.Hari-hari cikgu Azura  suruh gua ambil kapur dekat pejabat.Demand nak tinggi je, mintak kapur yang warna warni.mood ceria la konon.mentang-mentanglah gua masa tu batang kayu,mudah saja kena suruh.empat kali suruh empat kali gua sanggup berlari pegi pejabat.tunjuk bagus la gamaknye.

suatu hari masa gua darjah berapa entah,suam suam kuku juga nak mengingat tarikh masa tu jadi gua mudahkan menjadi tahun gua darjah atas peringkat sekolah rendah(lingkungan darjah 4 ke darjah 6).masa tu tak silap gua si cikgu Azura tadi meminta pertolongan gua pergi ke bilik guru.pada masa tu memang gua jenis berkebolehan mengendalikan tugas tugas sampingan cikgu-cikgu ni.semua budak-budak tak dengki dengan gua sebab diorang tentu paham tugas ketua kelas ni memang menjadi balaci cikgu.kah kah kah!

sampai saja ke pintu bilik guru gua rasa bedebar.cikgu Razif sedang ralit membuat kerjanya didalam bilik guru.meja dia pula betul-betul mengadap muka pintu.zaman tu siapa yang tak kenal dengan cikgu Razif ni.bab-bab melempang orang tak tentu hala dialah paling champion.jerkah budak sampai terkencing dia juga.siku kepala gua sampai gua mengadu dekat mak gua, dia lah king.nasib baik mak gua ni jenis tak ada tomoi.kalau tidak dah lama cikgu Razif tadi kena buah lutut empatbelas kali dekat perut tanpa henti.

gua tarik nafas dalam-dalam seumpama nak menyelam ke sungai.gua buka kasut bata yang tapak setebal bata tu slow and steady.masuk kedalam dengan penuh berhemah macam budak pengawas nak minta tandatangan bacaan sifir dan terus menuju ke meja cikgu Azura.yang menjadikan gua tiba-tiba nak mencarutnya, apahal la masa tu juga gua lupa yang gua tak tahu dekat mana koordinat meja cikgu Azura tu.dah la tak ada cikgu-cikgu perempuan yang gua nak tanya,usatazah pun tak ada mundar-mandir kat situ, yang tinggal si pelempang tu saja.niat nak bertanya ke cikgu Razif tu ada hanya 10% saja pada gua.yang 90% lagi nak patah balik ke kelas.

aduh! macam mana gua nak buat ni.tunggu lama-lama dekat sini nanti  mahu kena maki pula dengan cikgu Azura.memang detik itu gua sudah menyerah pada takdir.gua terpaksa kuatkan semangat rohani dan jasmani untuk pergi bertanya ke cikgu Razif .gua terus baca doa pendinding bagi mengurangkan debaran.yang gua tahu baca bismillah saja,doa-doa lain yang gua hafal langsung tak mengena dengan situasi.ada juga doa kebal yang gua ingat, tapi bahasa jepun yang goku pakai time nak fight dengan musuh.gampit!

gua  majukan langkah demi langkah ke meja beliau. lebih kurang lapan langkah lagi gua rasa nak sampai, tiba-tiba ustazah Zabedah yang mengajar muzik masuk.tak silap gua lagu pendidikan muzik yang tengah top masa tu ialah lagu  jong jong inai.sempat juga mulut gua terkumat kamit menyanyi lagu jong jong inai tadi sambil melihat wajah ustazah Zabedah yang penuh dengan harapan .nak tunggu apa lagi, terus gua kasi belok 90 darjah bersudut tepat melencong ke arah ustazah Zabedah.laju tak laju gua kasi jalan laju-laju menuju ke beliau.terus perasaan gua jadi berani macam ada bela harimau dekat rumah.peh!

Sunday, April 24, 2011

Sikap

Seminggu dua ni gua tak berapa nak 'in' sangat menulis.Entah macam mana spirit gua kebelakangan ni berat ke membaca buku buku agama pula.Agak-agaknya jalan yang penuh berliku yang gua telah lalui dengan semangat sentimental padu selama ni mula berjumpa simpang jalan yang lurus....ye dak!Sejak dua menjak ni beberapa perkara berjaya menguji tahap kesabaran gua.Meluru-luru masalah datang  macam peluru senapang patah.Alah bisa tegal  biasa, bagi seorang jejaka berbadan bidang, panas baran mengikut iklim Bumi,gemar main gasing semasa sekolah rendah, makan nasi sehari sekali, dan berkebolehan membaca tulisan jawi secara runcit-runcit macam gua ni, segala problem mesti gua dapat 'setel'kan.Masalah-masalah sekeliling  ni bukannya perkara baru dalam kehidupan seharian gua .Yang wahidnya bijak tak bijak kita selesaikannya.

Memang gua nak cakap masalah berebut makwe tu bangang, tahap-tahap budak darjah empat punya masalah.Setakat masalah  member-member tak bayar hutang tu, tangan gua yang penuh dengan nasi pun gua sanggup pergi bergelut lagi.Lain la masalah tayar motor pancit.Mahu tak mahu tiga empat hari juga nak kena fikir.Tambah-tambah lagi hujung bulan ni kapasiti not not merah tu memang susah nak menjelma.Lagi baik masuk rumah bancuh air teh secawan dua.Masalah  memang tak selesai tapi tekak yang dahaga tu siapa yang tahu. Cilake, apahal gua punya cerita terpesong serupa gampang ni.Tajuk langsung takde kemisteri dengan bahan cerita.waaachhaa!!!

Saturday, April 9, 2011

Henset itu satu kecanggihan -Din Rahman

Bercerita pasal kecanggihan dunia ni memang tak akan habis sampailah kita ditelan usia, dimamah Bumi, di bawa ke hari perhitungan, merentasi titian Siratulmustakim....dan hinggalah kita ditentukan kelompok Syurga dan Neraka.Point yang gua nak ketengahkan kat sini ialah berkaitan dengan kemajuan sosio ekonomi dan teknologi terkini.Henset........siapa tak kenal henset???budak-budak pra-tadika yang hafal A,B,C sampai F pun tahu pasal henset ni.

Zaman sekarang ni adalah zaman moden.Bapak gua yang dulu gemar guna talipon rumah pun dah beralih minat menggunakan medium talipon mudah alih ni, tapi yang biasa-biasa sajalah, mana mampu macam Din Rahman kan.Gua, member-member gua,pakcik-pakcik yang bawa bas sekeliling gua mahupun makcik yang jual air tebu depan kolej gua tu semuanya pakai henset, tapi yang biasa-biasa saja....mana mampu macam Din Rahman kan.Sehari kalau gua keluar rumah tak nampak orang pegang henset gua rasa tak tenang.Rasa nak marah pun ada juga.Silap-silap gua akan tendang tong sampah kasi beterabur.Rasa macam negara ni tak canggih sama macam negara Jepun.Nak mengorat makwe pun mesti henset kena pegang kasi tangan tu mewah-mewah sikit.Tambah lagi kalau pegang henset macam Din Rahman, tak payah mintak nombor pun takpa.Makwe-makwe yang beterabur lari nak isi nombor dalam henset tu.Sampaikan ada yang jatuh tersepak kaki sendiri. Fuh hebat.....hebat sungguh gayanya henset Din Rahman ni bukan.

vivaz Din Rahman keluaran 09 APRL 2011

 sedikit sebanyak tentang vivaz Din :
-ditangkap khas diatas kayu yang dibersihkan khas sesuai bagi scene penggambaran
-mempunyai kekuatan kamera 8.1 megapixels (tangkap gambar Rahim boleh nampak putih)
-video berkualiti HD..nak tahu HD tu apa search sendiri google
-bekeadaan nipis supaya senang dibawa dan boleh letak dicelah-celah peha time exam
-memori dibekalkan 8G .Cerita hindustan 3 biji filem boleh muat ni.
-GPS yang serbalengkap bagi memudahkan pengembaraan.
-hanya 'detect' pada tangan tangan yang berkualiti sahaja(touch screen).



Peh!!!!!!!! henset macam ni siapa yang tak nak.Kalau budak-budak hisap gam nampak mahu berketap gigit bibir.Dalam kepala dah fikir nak tolak dekat kedai sekenhen buat beli stok dua tiga bulan.Tambah pula orang kebanyakan macam gua ni tengok, mahu kecur air liur gayanya.Tapi bukan  orang sebarang boleh pakai henset macam ni.Beliau mestilah bekerjaya dan mempunyai ciri-ciri yang sebaya sama macam Din Rahman.Kerja hari-hari kutip lada  pun belum tentu boleh pakai henset ni lagi.Mengikut perkiraan matematik gua yang tak sehandal mana, gua harus mencari elaun RM6 sehari selama 6 bulan.Maknanya, gua kena mengetatkan jadual makan gua dari dua ke sehari sekali saja.Barulah boleh angkat 'barang' ni.Duit duit lebih sikit-sikit tu bolehlah gua buat beli sim card baru dan pekena roti nan sama susu lembu kat kedai mamak Kangar.Jadi, gua sekarang tengah sedaya upaya cari kerja 'part time' kes nak pakai henset macam Din Rahman punya pasal.